Habib Ali Al-Jufri, di dalam sebuah ceramah beliau, memberikan kaedah atau amalan yang mustajab untuk bertemu dengan Baginda junjungan Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi.
Pertama,untuk bertemu dengan Baginda SAW, mestilah melalui permintaan yang datang dari hati yang bersih dan sihat serta tulus ingin bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Jika permohonan itu betul, nescaya Allah SWT berikan. Ada empat cara yang sangat mustajab untuk bertemu dengan Baginda di dalam mimpi.
1. Banyakkan berselawat kepada Baginda. Selawat serta perbanyakkan selawat tersebut. Imam Hafiz Al-Sakhawi mengatakan, perbanyakkan selawat membawa maksud sekurang-kurangnya 300 kali sehari. Saat dan ketika yang mana sekalipun, sibukkan diri berselawat kepada Baginda. Ucapkan selawat tersebut dengan penuh kecintaan.
2. Mengagungkan sunnah Baginda SAW. Maksud mengagungkan ialah mengamalkan dengan penuh rasa cinta dan tawaduk. Sebagai contoh, kalian makan dengan tangan kanan. Maka makan dengan tangan kanan itu biarlah kerana sunnah, bukan kerana adat semata-mata. Tatkala melakukan sunnah Nabi, rasakan dalam hatimu, "aku ini sedang mengikuti sunnah Nabiku".
3. Berkhidmat kepada umat Baginda SAW. Ini bermakna, hendaklah kalian hidup dengan sentiasa ingin berbakti kepada orang lain. Jangan memikirkan balasan setelah kamu menolong orang lain. Ingat, umat Baginda bukan sahaja kaum Muslimin, bahkan seluruh alam adalah umat Baginda.
4. Menyebarkan dakwah Baginda. Jika kita mencintai seseorang, pasti kita berusaha menggembirakan dia. Jadi, apakah yang menggembirakan Nabi? Dakwah untukmenyebarkan mahabbah rasul, itulah yang menggembirakan Baginda.
Sesiapa yang menjaga empat perkara ini, insyaaAllah dia akan dimuliakan melihat Baginda.
No comments:
Post a Comment