kredit kepada mahabbahrasulsaw.blogspot.com
Fahaman Ahlussunnah Wal Jamaah menentang ajaran sesat Wahabi.
Belakangan ini, kuat pula kedengaran ajaran Wahabi yang sesuka hati dan
sesedap rasa mereka menghukum kafir umat Islam berfahaman ASWJ. Kali
ini, saya ingin mendedahkan berkenaan fahaman Wahabi yang pada dasar
sebenarnya mereka ini membenci Baginda Nabi Muhammad SAW dan berusaha
menjauhkan masyarakat daripada kecintaan kepada Baginda SAW.
Wahabi sering mengetengahkan isu, adakah ibu bapa Rasulullah SAW
masuk syurga atau neraka? Tatkala puak Wahabi mengetengahkan isu ini ke
dalam masyarakat umum, Habib Ali Al-Jufri dengan lantang menyoal
mereka, adakah kamu puak Wahabi telah selesa duduk di dalam syurga
sehingga kamu ingin seolah-olah menentukan siapa penghuni syurga dan
neraka? Sesungguhnya persoalan ini adalah sengaja ingin memisahkan umat
daripada kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Mengapa sibuk berbincang
tentang kedudukan ibu bapa Nabi Muhammad SAW? Mengapa tidak mengambil
iktibar daripada Abu Lahab yang pada awalnya sangat bergembira dengan
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sehingga dia sanggup membebaskan hambanya
iaitu Suwaibah Al-Aslamiah. Namun akhirnya dia tetap mati dalam keadaan
kafir. Tetapi, disebabkan kecintaan terhadap kelahiran Baginda Nabi
Muhammad SAW iaitu pada hari Isnin, maka banyak riwayat menyebutkan Abu
Lahab dibebaskan daripada seksa kubur pada hari Isnin kerana bergembira
dengan kelahiran Nabi. Bukankah kisah ini lebih banyak pengajaran dan
iktibar berbanding kita sibuk membicarakan tentang kedudukan ibu bapa
Nabi, lantas ada yang mengatakan ibu bapa Nabi akan masuk neraka.
Fikirkan saudaraku, apakah perasaan sekiranya ada yang mengatakan bahawa
ibu bapa kita masuk neraka? Tentu sakit hati. Tapi bagaimana pula kamu
sanggup menyakitkan hati Nabi Muhammad SAW apabila mengatakan ibu bapa
Baginda masuk neraka?!! Mana mungkin Allah SWT memilih seorang ahli
neraka untuk melahirkan seorang Rasul akhir zaman. Mana mungkin seorang
ahli neraka yang dipilih oleh Allah untuk tidak merasa sakit ketika
melahirkan Rasulullah!
Rasulullah SAW bersabda, "yang paling baik dalam kalangan kamu
selepas kewafatanku ialah yang paling baik terhadap keturunanku". Atas
kefahaman ini, kami selaku ahlussunnah mencintai keturunan Baginda. Kami
mencintai ahlul bait, tetapi kami tidak pernah mengkafirkan sahabat
yang lain. Bukanlah kami seperti Syiah yang mengaku cinta terhadap
keturunan Rasulullah, sehingga mereka mengkafirkan sahabat Rasulullah
pula. Sedangkan keturunan Rasulullah sendiri tidak mengkafirkan sahabat
Baginda.
Ya Allah, selamatkan kami atas ajaran Nabi Muhammad!
No comments:
Post a Comment